Salam Merdeka,
Malaysia menyambut ulang tahun hari ini. Dengan isu-isu semasa sekarang, ambe selalu terfikir tentang nasib orang kita pada masa-masa akan datang. Tak cukup dengan masalah dari negara luar yang remeh-temeh, sesama sendiri pun masih ber ‘cah keting’. Sebetulnya, perbezaan wujud untuk saling memperbetulkan, bukan untuk melemahkan. Perjuangan membuatkan persaudaraan menjadi rapuh. Umur baru setahun jagung pun sudah ada yang berapi-api bercerita perjuangan. Cukupkan ilmu dulu saudara. Jangan terikut-ikut dan hanya tahu menyalahkan orang lain. Sesiapa saja yang berniat serong pastinya tersenyum sambil menunggu rapuh itu patah. Jangan sampai ayam menang, kampung tergadai.
Tak menjadi negara maju pun tak apa, cukuplah dengan seadanya, asalkan ketuanan dan agama masih terpelihara di survanabumi ini. Dirgahayu Malaysia…
p/s- penulis mungkin tak cukup patriotik kerana belum mendaftar sebagai pemilih. rimas dengan politik sebenarnya.








