Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for the ‘Spheregrafix’ Category

Silica

Posted by purbawi on August 14, 2009

Entry ini adalah utk yg belum tahu sahaja. Kalau dah tahu, diam diri. Sekadar sedikit penjelasan tentang gambar yang aku pernah upload di facebook tanpa penjelasan. Yang aku maksudkan ialah gambar Silica Gel. Iaitu yg ini.


Seperti yg korang semua tahu. Benda ini mampu menyerap lembapan di persekitaran, utk mengelakkan sesuatu barang yg mudah berfungus ditumbuhi fungus. Selalunya korang akan temui benda ini dalam kotak kasut yg baru anda beli. Sesuatu yg dibungkus dengan kertas kecil. Begitulah tujuannya untuk mengelakkan kasut tersebut daripada berkulat.

Apa guna benda ini pada aku? Sekadar mengelakkan kanta-kanta yang aku ada daripada berkulat dan berfungus. Diletakkan di dalam plastik dan dibuat sedikit liang dengan jarum dan di simpan bersama-sama satu bekas dengan barang yg hendak dijaga. Tapi utk barang yang berkapasiti besar, adalah lebih berbaloi untuk mendapatkan satu bekas yg dipanggil drybox. Kotak ini dapat mengawal kadar kelembapan di dalamnya dan sesuai utk menyimpan barang yg sensitif pada lembapan. Warna birunya di atas adalah bertindak sebagai indicator. Apabila ia sudah tidak mampu menyerap lembapan, ia akan bertukar kepada warna pink. Semakin terdedah ke udara, semakin ia cepat bertukar warna. Ia juga wujud tanpa indicator, seperti yg kita selalu dpt di dalam kotak kasut td.


Tak dapat beli Celica, dapat beli Silica pun jadi lah. Sekian.

Posted under Spheregrafix

arigato gozaimasu

Posted by purbawi on July 11, 2009

Walaupun dah berkeputusan utk berehat sementara dr kerja serius dalam fotografi perkahwinan, masih ada permintaan dr org yg dikenali dan tidak dikenali. Terima kasih atas kepercayaan. Tp buat masa ini, tak dapat dipenuhi. Tak adil utk menerima tanggungjawab atas untung semata-mata, kalau tak sepenuh hati. Program yg kecil-kecil tanggungjawabnya masih boleh dipertimbangkan, bergantung kepada ruang dan waktu. Makasih ya.

Posted under Spheregrafix

Part time lah sgt…

Posted by purbawi on March 28, 2009

Harini duk umah je. Satu pagi duk berehat. Petang nak sambung album Puan Noli. Selepas meeting dengan bos besar Sphere minggu lepas. Artwork kena reject. Ada lg yg kena ubah. Kesian puan menunggu. Dah kahwin punya la lama. Tp takpe, dia jugak yg suruh wat lambat-lambat.. hehe… Tp takut juga kalo lambat, nanti kena lempang dengan puan yg duduk di sebelah. Jadi sedang berusaha. Sabar yek puan. Hehe… Patutkah part time bertukar menjadi full time? Hmm.. tak kot..

Posted under Perjalanan, Spheregrafix

Kembara Pulau Mutiara

Posted by purbawi on February 21, 2009

Bertolak awal pagi Sabtu ke Penang utk majlis Dafi dan Anees. Tiba hampir tgh hari dengan feri. Daftar masuk ke hotel. Simpan beg dan terus turun berjalan. Singgah di kedai utk makan tengahari, menu Maggi goreng. Terus berjalan sambil singgah solat. Lagi berjalan berpusing utk kembali ke hotel, ambil kereta utk terus ke Pantai Batu Feringgi, ke tempat dijanjikan outdoor. Sampai di sana, plilih tempat, minum ayaq nyoq, melepak menunggu pengantin. Setelah depa tiba, acara pun dimulakan. Hingga Maghrib, kemudian pulang ke hotel, mandi, dan berikutnya turun semula utk makan malam dengan sup. Sambung berjalan kaki lg, sampai ke Komtar, dan kemudian, berpatah balik ke hotel, sebelum masing2 pengsan di atas katil. Esoknya, bangun awal. Selepas sarapan, terus bergerak ke rumah pengantin, sehingga acara tamat, dan kemudiannya, terus pulan ke KL. Tammat.

Seperti yg telah juga terpapar di Spheregrafix.


Posted under Spheregrafix, Ukiran Cahaya

Bakal Berehat..

Posted by purbawi on February 12, 2009

Spheregrafix ada ura-ura utk membekukan sementara penglibatan dalam mengambil gambar perkahwinan, cuma meneruskan yg sudah dalam perjanjian. Mungkin alasan ZulBigo dan aku adalah berbeza, tp begitulah kemungkinan keputusannya. Selama mana ia dibekukan, belum ada dalam fikiran lg. Jika rasmi, mungkin akan ada notis dari ZulBigo di site Sphere. Walaupun demikian, Spheregrafix akan terus melibatkan diri di cabang lain di dalam seni ukiran cahaya.


Posted under Spheregrafix

Dunia lain

Posted by purbawi on February 2, 2009

Baru cuba belajar macro. Masihlah tidak berpuas hati.








Posted under Spheregrafix, Ukiran Cahaya

cerita aku tentang cerita ini…

Posted by purbawi on December 27, 2008

Tiada tajuk lain yang aku dapat fikirkan utk entry ini. Sekali lg selamat pengantin baru buat Izam dan Noli. Semoga sentiasa berbahagialah hendaknya..

Terjaga tidur awal la pula hari ini.. haih…

Posted under Perjalanan, Spheregrafix

Khabar dari Sphere…

Posted by purbawi on September 9, 2008

Ogos lepas, aku dan Zul telah terlibatkan diri ke Majlis Perkahwinan Kapten Ikhsan dan Nor di Alor Setar. Pengalaman yg baru, pertama kali mengikuti majlis untuk pegawai tentera. Majlis lancar, cuaca baik, makanan pun sedap. Petangnya, bawa pengantin ke kawasan rekreasi untuk bergambar, di hadapan Wisma Darul Aman. Sekarang, pasangan tersebut sudah pun berada di Kem nun jauh di Malaysia Timur.

Posted under Spheregrafix