Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for the ‘Perjalanan’ Category

@twitter?

Posted by purbawi on August 13, 2010

Tutt tuttt… widget baru telah ditaruh di sidebar blog ini, setelah dilihat menarik di blog ZulBigo. Tapi dia pakai b-berry, yang itu tak dapat ditiru lah. :D
Mesej langsung dari phone ke Twitter, jadi kita tengok berapa kerap dan istiqamah ambe update. Mungkin ditinggal-tinggal seperti blog ini juga.

Posted under Perjalanan

bersenandung

Posted by purbawi on August 2, 2010

Ini adalah salah satu lagu yang ayah ambe suka senandungkan ketika memandu ketika muda. Secara tidak langsung, ambe boleh hafal lagu ini sikit-sikit sewaktu itu, walaupun tak kenal siapa penyanyi asal. Pada ambe, penyanyi asal ialah ayah ambe. Layan juga.

Posted under Perjalanan

@ku ratap!

Posted by purbawi on March 5, 2010

Minggu ni asyik layan lagu ni sahaja. Lagu jiwang, lirik klasik dari band metal. Band ini dikenalkan kepada aku oleh Ajai. Metal jenis boleh layan. Kalau nak kenal, search la untuk lagu-lagu lain juga.

Posted under Perjalanan

misery mystery

Posted by purbawi on January 30, 2010

Ada sesuatu yang dari dahulu aku tertanya seorang. Nampak ringkas tapi hakikatnya agak rumit. Sukar dibaca. Tak dapat diteka. Sangat misteri. Rasanya memang begitu sampai bila-bila.

Posted under Perjalanan

Kalau Ku Bayangkan

Posted by purbawi on January 20, 2010

Sekilas mood retro..

Posted under Perjalanan

diari…

Posted by purbawi on December 7, 2009

aku terseksa lg menyeksa, argh…

Posted under Perjalanan

fenomena

Posted by purbawi on November 30, 2009

Sepatutnya ada meeting, namun malas untuk turut serta. Sekarang sedang layan radio. Teringat dahulu waktu sekolah menengah tingkatan satu dua. Zaman Radio Muzik, setiap hari rujuk akhbar segmen lagu pilihan pada malam tersebut. Ketika itu, lagu-lagu pilihan yang akan dimainkan akan disiarkan di akhbar, di bawah ruangan rancangan televisyen. Malamnya, berbekalkan sebiji walkman dan earphone, lekat di telinga sampai habis bateri keesokannya. Begitulah pengaruh radio pada waktu itu.

Posted under Perjalanan

laporan tahunan

Posted by purbawi on November 11, 2009

Blog hamba ini tidaklah diciptakan untuk orang ramai. Dan sememangnya ia tidak dikunjungi pun. Lantaran itu, entry ini tidaklah bertujuan apa-apa melainkan sekadar melihat-lihat.

Ok, ini dalam beberapa hari ini.
Dari mana sumber ia datang. Hampir semuanya dari google mencari Saleem.

Dan yg secara keseluruhannya



*Pengajaran yg hamba perolehi dari laporan-laporan ini ialah
1- Apa yg dikongsikan di blog adalah dikongsikan dengan satu dunia.
2- Jika meletak entry berbentuk lagu atau berkenaan artis-artis popular, nescaya, ramai orang yg tidak dikenali akan tersinggah.

Posted under Perjalanan

10:03 PM

Posted by purbawi on November 3, 2009

Huuha.. Hujan.. Guruh.. Aku masih di office (Buat pertama kali, update blog dari office, tapi bukan tiru Kakli). Menunggu meeting jam 10.30 PM. JK dan KS pun masih ada, tapi mereka menunggu dengan produktiviti. Aku menunggu dengan penuh berat hati. Sambil lagu-lagu Saleem berlagu, aku menongkat dagu. Haihh… Apa aku buat di sini. Sesekali mengeluh.

Posted under Perjalanan

Saleem ~ Tinggal Kenangan (jauh kau pergi)

Posted by purbawi on October 23, 2009

Lagu ini asalnya dari Indonesia dikatakan bermisteri. Kalau nak tahu, sila google.

Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan
Semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku cuba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih

Posted under Perjalanan