Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for September, 2008

Salam Aidilfitri!!

Posted by purbawi on September 23, 2008

Dengan kesuntukan masa yg tinggal, risau tak berkesempatan, disesakkan dengan tugas baru, aku ingin ucapkan salam aidilfitri kepada semua ahli keluarga, ahli sahabat dan semua ahli. Aku tak bijak memanjangkan cerita, isinya cuma.. Mohon maaf terhadap salah silap. Selamat Hari Raya!

Posted under Dari Hati

16 September…

Posted by purbawi on September 17, 2008

Tanpa jangkaan, aku dilompatkan ke tugasan lain dlm team aku.. Cuti-cuti yg sudah lulus, yg di idami, sume tinggal kenangan.. Aku dikembalikan kepada waktu bertugas yang biasa. Jadinya, perancangan baru harus ditimbangkan. Haih…

Posted under Perjalanan

Berbuka Puasa | Sphere

Posted by purbawi on September 12, 2008

Selepas selesai upacara shooting di Putrajaya semalam, langsung dilanjutkan dengan berbuka puasa di Alamanda, bersama dua org yg kerja pada hari tersebut. Ittadakimasu!!

aku, cik fidah.

zul, cik yan.

Posted under Perjalanan

Putrajaya HD…

Posted by purbawi on September 12, 2008

bersambung di sini

Posted under Ukiran Cahaya

Bunga…

Posted by purbawi on September 10, 2008

Posted under Ukiran Cahaya

Cahaya pagi…

Posted by purbawi on September 10, 2008

Posted under Ukiran Cahaya

Mencari Cahaya…

Posted by purbawi on September 10, 2008

Posted under Ukiran Cahaya

ho yeah…

Posted by purbawi on September 10, 2008

Cuti 4 hari untuk raya nanti sudah dilulusi oleh Jing Kai, dan Sujen juga. Dihitung akan ia bersama hari-hari yg sememangnya cuti, menjadilah akan ia 11 hari kesemuanya. Harap-harap dapat cuti dengan tenang, dan moga-moga tiada sebarang musyaqah yg menidakkan ia terjadi sebegitu.

Posted under Perjalanan

Khabar dari Sphere…

Posted by purbawi on September 9, 2008

Ogos lepas, aku dan Zul telah terlibatkan diri ke Majlis Perkahwinan Kapten Ikhsan dan Nor di Alor Setar. Pengalaman yg baru, pertama kali mengikuti majlis untuk pegawai tentera. Majlis lancar, cuaca baik, makanan pun sedap. Petangnya, bawa pengantin ke kawasan rekreasi untuk bergambar, di hadapan Wisma Darul Aman. Sekarang, pasangan tersebut sudah pun berada di Kem nun jauh di Malaysia Timur.

Posted under Spheregrafix

Pukul 3 pagi…

Posted by purbawi on September 8, 2008

Setelah tadi detik berlalu dengan pantas, sekarang rentak kembali perlahan. Masa terbuang dengan episode Pi Mai Pi Mai Tang Tu di youtube. Sambil-sambil tercari theme baru untuk page ini. Perkara baru, selagi tak puas, selagi itu diubah, hingga lekat di hati. Yosh!…

Posted under Perjalanan