Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for October, 2008

Kluang…

Posted by purbawi on October 31, 2008

Batu 3, Kluang. Antara tempat yg aku ada keinginan untuk pergi menziarah. Kenapa Kluang? Aku pernah berada di Kluang antara tahun 1991-1995. Pengalaman pertama aku hidup keluar dari Terengganu. Pertama sekali tukar sekolah. Darjah 1. Cubaan pertama menguji tahap sosial aku. Al kisahnya, aku belom tahu yang negeri-negeri luar, langsung berbeza dialek. Aku kenalkan diri dengan dialek Terengganu. Jadi tahulah sendiri apa reaksi budak-budak kelas aku. Semua diam, sebab semuanya tak faham.

Banyak memori aku tentang ini, tapi lagi banyak yg sudah hilang bersama waktu. Kawan-kawan? Aku ingat jiran aku yg sebaya adik aku bernama Khairul. Yang sekelas.. Murshid, Arif, Ariffin, err.. Khairul Nisa, Khadijah, Suriana.. Maaf, sudah lupa. Cikgu? Ingat sorang saja, Cikgu Sazali; Cikgu BM dan kelas yg agak hebat dengan “ilmu”nya.

Sukan? Pingat emas lari dalam guni, mmg tidak tertandingi. Jawatan? Pengawas Muda. Kerana silap faham, aku lepaskan pengawas tahun berikutnya untuk menyertai pengakap. Ces, baru ku tahu pengakap dan pengawas tiada pertalian saudara. Kerana khidmat masih diperlukan, aku dilantik jadi Penolong Ketua Darjah. Ketua darjahnya ialah Khadijah.

Lanang Purbawi. Aku kenal nama ni dalam sebuah novel. Novel yg aku punya ketika di Kluang. Darjah 5 baca novel, tp bila dah lanjut usia ni, baca akhbar saje lah.

Panggilan untuk memori. Petang, sekolah agama di Kampung Tengah. Guna jalan pintas, lalu kebun getah. Bila dikenang-kenang, aku rasa, aku rasa aku terlalu muda untuk berbasikal jauh, lagi meredah kebun getah, dan selalunya keseorangan.

Zaman tersebut, aku mula mengenali Ultraman, ketika zaman kebangkitan Ultraman Ace di tv. Ketika itu lah muncul semua saudara-saudara Ultraman. Dan Murshid memberikan nama Ultraman Jachinta untuk aku. Dari mana asal-usul nama itu, hanya dia yg tahu.

Rock kapak? Masa ni gua banyak layan Iklim. Banyak band slow rock muncul pada masa ni. Fotograf, Wow, Damasutra, Kris dan lain-lain lg. Sekali lagi, bila difikir sekarang, aku rasa aku terlalu muda untuk layan lagu-lagu itu diketika itu. Tambah, aku tiada pengaruh lain, aku tiada abang, tidak bersama pakcik-pakcik, semuanya aku layan di atas minat sendiri. Mungkin pengaruh radio. Tak lupa, masa ni juga terkenal dengan lagu-lagu seperti Fiona.

Tempat relek-relek? Aku tak dapat ingat mana-mana tempat selain dari dr Gunung Lambak, ada sungai. Nampak sayup-sayup menghadap rumah aku.

Aku meninggalkan Kluang seperti mencabut jarum dari sponge, tanpa kesan, tanpa bunyi. Kawan-kawan tak ramai yang tahu, tak diheboh-hebohkan, sebab tak tahu pun kenyataan yg berpindah itu bermaksud tidak akan jumpa lagi. Perlis pun aku tak sangka sejauh itu. Hari terakhir aku ialah masa sambutan Maulud Nabi di sekolah kalau tak salah. Sedang diorang bernasyid di kantin, aku pun pulang tanpa say goodbye. Esoknya berangkat ke Perlis. Aku hilang hubungan, dan tertanya-tanya, bagaimana mereka sekarang. Mereka juga mesti hairan, aku ghaib dr sekolah tersebut tanpa pesan.

Posted under Perjalanan

Kehilangan Arah…

Posted by purbawi on October 26, 2008

Sepatutnya aku ada sesi shooting pagi tadi, tp telah dibatalkan. Oleh kerana itu, aku telah hilang segala perancangan utk hari ini. Rasa sungguh rugi diam di rumah tanpa berbuat sesuatu. Sekarang masih berfikir arah tujuan untuk hari ini. Di bawah apartmen sekarang ada kenduri kahwin, tapi aku agak terkeliru samada ia adalah kenduri kahwin atau sessi berkaraoke. Yang aku tahu, bau makanan naik sampai ke bilik aku, mengaktifkan rasa-rasa lapar aku… Fikir fikir fikir….

Posted under Perjalanan

Collegians’ Day Out | Sungai Congkak

Posted by purbawi on October 18, 2008

Setelah setahun lebih aku kat KL/Selangor, ini pertama kali aku ke tempat rekreasi yg seperti Sg. Congkak. Rancangan terilham ketika melihat kolam air di Alamanda Putrajaya ketika bulan puasa. Ketika itu air kelihatan sangat menarik, lantas terhasil rancangan seperti hari ini. Kehadirannya dipenuhkan oleh aku, zul, amet, pak an, kurt dan mai. Antara menu-menu awal barbeku pula ialah ayam separuh masak, hotdog separuh rentung, dan kerang rentung sepenuhnya. Kalau ada waktu, aku nak datang lg. Eheh…

Lain-lain gambar di fotopages.

Posted under Perjalanan

Kekurangan lelap…

Posted by purbawi on October 11, 2008

Harini bangun sangat awal, tidur pun asyik terjaga, mungkin sebab sudah terancang pagi ini perlu bangun awal…
Cerita lain, semalam queue kereta agak panjang di Jalan Gasing. Ramai pemandu yg tidak bermaruah memotong di lorong kecemasan. Renyai-renyai hujan tidak meyejukkan hati melihat mereka. Dengan sedikit geram, aku keluarkan kamera aku, aku ambil gambar kereta-kereta yg tidak bermaruah itu. Kebetulan, seorang pemandu tidak bermaruah di sebelah tersedar aktiviti aku, mmg dengan niat asal hendak disedari pun. Mungkin kerana risau dia akan masuk frontpage akhbar, dia tak jadi terus, tak berani ke depan dr aku, setia di sebelah sahaja dan beri laluan kepada aku. Bagus jugak ambil-ambil gambar masa jam ni rupanya. Tp jgn silap ambil gambar samseng jalanraya sudahla. Bimbang jd kes naya.

p/s.. aku pun pernah guna lorong kecemasan, tapi dengan kondisi yg tidak menambahkan kesesakan, malah melancarkan lg pergerakan. Atau.. ketika betul kecemasan

Posted under Dari Hati

Wajah Aidilfitri…

Posted by purbawi on October 7, 2008

Ini serba sedikit suasana hari raya aku di kampung. Sebahagian sahaja, hanya 7% daripada keseluruhan gambar yg aku ambil pada 1, 2, dan 3 Syawal. Jika detik mengizinkan itu ada, aku akan cuba naikkan jumlah peratusan itu.

Posted under Perjalanan, Ukiran Cahaya

Raya selamat berlalu…

Posted by purbawi on October 5, 2008

Aku dah selamat sampai di KL. Setelah minggu raya berlaku seperti yg disangka, sekadar gathering keluarga. Esok mula kerja, aura kerimasan dapat dirasai sejak menghirup udara KL. Hmm, nak mengeluh pun dah malas. Lalui.. Cepat, siapa nak iron baju aku?

Posted under Perjalanan