Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for November, 2008

Kadet dan aku…

Posted by purbawi on November 29, 2008

Baru lepas tengok Majalah 3, kisah Askar Melayu yang berkawal di Istana Buckingham di London. Rasanya siaran ulangan, sebab kisah lama, tapi mmg masih menarik untuk dilayan. Ada komen-komen yg aku pernah terbaca tentang perkara ini. Kenapa perlu kita pergi berkawal di tempat penjajah? Kenapa perlu menghabiskan duit ke situ? Pada aku, ambil saja peluang itu untuk menaikkan nama angkatan tentera kita, tunjukkan pada mereka apa yg kita ada, pakaian kita, istiadat kita. Aku agak bangga dapat lihat pakaian baju melayu lengkap ada peranan di tempat orang. Kalau aku, aku sangat bangga berada di dlm uniform itu. Berkenaan dengan jumlah perbelanjaan, aku tiada komen, jika munasabah apa salahnya, dan jika tidak munasabah, yg bertanggungjawablah tanggung dosa.

Berbalik kepada masihkah aku ingat. Mestilah aku ingat. Masa zaman sekolah menengah dulu, aku ahli kepada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, atau kebiasaanya disebut kadet tentera. Semua pengalaman yg aku dapat ialah pengalaman manis, kecuali satu, jahitan lipatan lengan baju aku terputus ketika dalam barisan sedang dalam pertandingan kawad peringkat kebangsaan, masa tu kami adalah wakil dari negeri Kedah. Kami tewas dan tidak lepas ke saringan berikutnya.

Antara acara yg aku paling tak lupa ialah kawalan kerhormatan dan lintas hormat untuk Tuanku Sultan Kedah tiap-tiap tahun dalam Kejohanan Olahraga sekolah. Ketika Tuanku Sultan memeriksa baris, di iring lagu Tari Tualang Tiga, betapa terasa meremang bulu roma.

Lagi aktiviti ialah masa sekolah jadi wakil 6 Melayu untuk pertandingan menembak. Teruja dapat menembak guna M-16, jarang org awam dapat peluang macam ni. Sebelum pertandingan, ada hari-hari yg ada latihan, kenderaan askar datang jemput kami 5 orang di sekolah, singgah di kem ambil senjata, dan terus ke lapang sasar Bukit Pinang. Sekali lagi, kami tewas dalam pertandingan itu.

Lagi aku pernah ikut perkhemahan Kadet Bersatu peringkat kebangsaan, di Taiping. Sebelum di Taiping, kami dilatih di peringkat negeri. Ini mmg membuat aku rasa aku seperti askar. Kalau tak salah, 2 minggu dikurung dalam kem untuk latihan, sebelum pergi ke perkhemahan yg sebenar. Masa ini, makan makanan askar, jadual pun jadual askar, cuma mungkin la, kami tak dibelasah macam askar. Paling kuat pun kena maki hamun, jemur tengah panas, kena rendam dalam kolam, tekan tubi secukup rasa. Masa ini aku rasa semua kudrat aku digunakan, latihan rempuh halangan, redah hutan baca kompas, dan kawad hantu. Aku penat, sangat penat. Pada waktu tu, kulit aku mmg sudah bertukar warna.

Cerita pasal menang pula. Kemenangan paling aku tak lupa ialah masa aku tingkatan 2. Masa aku baru dipilih masuk ke platun 1. Kami sertai kawad perarakan Hari Merdeka peringkat negeri Kedah di Stadium Darulaman. Kami dipilih pasukan terbaik dalam kategori kami, juga difahamkan, kami juga telah menewaskan pasukan PALAPES UUM ketika itu. Bayangkan betapa bangganya.

Ada lagi kemenangan lain, dan kebanyakannya di peringkat daerah. Dan pernah sekali sahaja di peringkat negeri, itu tadi yg menjadi wakil negeri Kedah.

Latihan kami sendiri biasanya pada petang Rabu. Askar akan turun untuk latih kami kawad. Dan lebih kerap jika ada aktiviti yg akan disertai.

Aku selalu cerita pasal kisah kadet ni kpd orang lain, sebab aku gembira mengenainya. Aku rasa, kadet ni banyak jugak pengaruhi identiti aku. Mungkin, kalau tak kerana stamina aku yg tak berapa hebat, aku mungkin seorang pegawai tentera sekarang. Tp dulu masa di U, mak aku tidak memberi restu untuk aku sertai PALAPES, dia kata, cukuplah setakat zaman sekolah dulu. dan, aku dengar cakap mak aku.

Jalan yang selalu kami guna untuk latihan berkawad

Posted under Perjalanan

Hujan dan November…

Posted by purbawi on November 27, 2008

Mencuri masa, sambil-sambil tunggu baju habis dibasuh-mesinkan. Membasuh lewat, sebab balik lewat, sebab pergi makan, sebab meraikan Faz yg berjaya keluar dari HP, moga semakin berjaya selepas ini. Seperti biasa, hari ini mata agak penat setelah seharian melihat nombor-nombor, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0.

Dalam perjalanan pulang tadi, sedang-sedang meredah hujan, teringat kepada satu lagu, iaitu lagu berlirik seperti di bawah. Layan-layankan sambil sidai kain baju. Ok lah, oyasumi nasai..

November Rain

When I look into your eyes
I can see a love restrained
But darlin’ when I hold you
Don’t you know I feel the same
‘Cause nothin’ lasts forever
And we both know hearts can change
And it’s hard to hold a candle
In the cold November rain
We’ve been through this such a long long time
Just tryin’ to kill the pain
But lovers always come and lovers always go
An no one’s really sure who’s lettin’ go today
Walking away
If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin’ that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin’ don’t refrain
Or I’ll just end up walkin’
In the cold November rain

Do you need some time…on your own
Do you need some time…all alone
Everybody needs some time…on their own
Don’t you know you need some time…all alone
I know it’s hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn’t time be out to charm you

Sometimes I need some time…on my
own Sometimes I need some time…all alone
Everybody needs some time…on their own
Don’t you know you need some time…all alone

And when your fears subside
And shadows still remain, ohhh yeahhh
I know that you can love me
When there’s no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
‘Cause nothin’ lasts forever
Even cold November rain

Don’t ya think that you need somebody
Don’t ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You’re not the only one
You’re not the only one

Posted under Perjalanan

Aku BUKAN seorang photographer…

Posted by purbawi on November 22, 2008

Pagi tadi aku berjalan-jalan di Midvalley, tujuan asal adalah untuk mengambil sesuatu barang. Sedang berjalan, terlintas di sales kamera di ruang tengah. Nak kata sgt murah, rasanya tak juga, mungkin dapat extra-extra gift yang lebih saja lah. Aku singgah sekejap, sbb teringat janji dengan adik aku utk belikan dia kamera atas sbb result UPSR nya. Bermula dari tempat nikon, hmm, tiada compact yg menarik perhatian aku, kemudian ke canon, tilik-tilik compact yg dapat byk review yg bagus di internet. Macam menarik, tp aku tak dapat nak beli terus, sbb dalam perancangan adalah tahun depan. Kalau beli sekarang pun, adik aku duduk di rumah saja, tak terguna juga kamera tu.

Masa sedang menilik-nilik, ada seorang salesman sedang mempromosi kamera kepada seorang akak di sebelah aku. Salesman itu tunjuklah, IS (image stabilization) canon, gerak-gerak kamera, ambil gambar, gambar tak blur. Mungkin kerana ingat salesman tu anggap dia kurang tahu, cepat je akak tu mencelah bgtau dia seorang photographer. Terus disambut oleh salesman, bgtau dia pun photographer juga. Salesman tu cakap dia pakai 5D. Dan akak tu cakaplah, dia pakai D300. Tak lama lepas tu, akak tu pun berlalu. Dalam hati aku tergelak je. Sebelum bergerak, sempat aku usap G10, mantap, rasa macam pegang besi.

Berbalik pada tajuk. Aku tak menganggap aku seorang photographer, secara amnya. Jikalau ada soalan, siapa photographer untuk majlis ni? siapa photographer untuk gambar ni? dan itu mungkin baru aku guna istilah akulah photographer untuk itu. Yup, aku ada team photographer, tp itu hanya lebih kepada untuk membuat hobi lebih bermanfaat dan ada tujuan. Dan kepada anda, jangan panggil aku sebagai photographer. Aku segan. Aku belum di situ lagi. Sekian dahulu membebel…

Posted under Dari Hati, Perjalanan

Danzig mengganas…

Posted by purbawi on November 20, 2008

Baru lepas membawa Danzig bersiar-siar, keluar dari facebook. Ambil-ambil angin di Pantai Kemasik. Pet-pet yang lain, sila jangan berhasad dengki. Hehehehe…

Danzig berlari-lari anak kerana terlalu excited.


Ambil angin.

Org suruh berjemur, dia terus tidor.

Posing sebelum balik.

Cukuplah utk ekspedisi kali ini. Jumpa lagi lain kali. Sila-sila…

Posted under Perjalanan

Jemputan Kahwin…

Posted by purbawi on November 8, 2008

Bukan ingin menjemput anda ke majlis kahwin, tp aku yg telah di jemput ke beberapa majlis. Semuanya jauh2 di utara. Taiping, Alor Setar, Kangar. Agak mustahil utk aku penuhi undangan sepenuhnya. Terima kasih lah kepada anda-anda yg menjemput. Yg terbaru adalah jemputan dari Kangar, kawan sekolah rendah. Sebenarnya sudah terputus hubungan, tp terjumpa balik di friendster. Erm, siapa cakap friendster tak bagus? Hmm.. Dlm hati, mmg hendak ke Perlis, tak pernah ke sana sejak 10 tahun yg lalu, mungkin. Manalah tahu, terjumpa sahabat-sahabat lama di majlis dia nanti. Kangar pun ada cerita aku yg tersendiri… Haih jauhnya… memerlukan ruang, waktu dan juga budget semestinya…

Posted under Perjalanan