Posted by purbawi on January 1, 2009
Mungkin ini yg ditunggu oleh rakyat-rakyat yg berpesta meraikan tahun baru awal pagi tadi. Aku terbaca akhbar talian, dipetik dari Utusan Malaysia.
Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang, dikeluarkan Jabatan Penggangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam tadi.
Siapa yg bergembira utk tahun baru, yg disaman atau yg menyaman? Eheh. Berikutnya aku terbaca lg..
Beliau berkata di Pulau Pinang hanya enam saman dikeluarkan bagi kesalahan itu dan ini “secara tidak langsung menunjukkan kempen pemakaian tali pinggang belakang ini berjaya.”
Tidakkah mereka sedar yg kempen itu adalah tidak berjaya. Berapa ramai saja yg memakai tali pinggang belakang betul-betul ikhlas untuk keselamatan diri. Cuba kalau tali pinggang depan pun tidak wajib, rasanya masih ramai yg memilih untuk tidak memakainya. Yg berjaya sekarang ialah ugutan, siapa yg ditahan, akan dikompaun RM300. Bukannya kempen. Orang cuma tidak mahu membayar.
Tapi jgn lupa kepada mereka yg akur tetapi tidak mampu mengikut. Golongan beranak ramai dan berkereta sedan biasa, tidak dapat tidak, terpaksalah anak-anak mereka berkongsi tali pinggang di belakang, atau mula berfikir utk membeli van. Atau jika tidak, meninggalkan anak-anak bergilir-gilir untuk pergi berjalan-jalan. Untungla penjual kenderaan yg lebih panjang selepas ini.
Dan lg satu seperti kes aku, kereta zaman dulu, datang asalnya mana bertali pinggang belakang. Ada terdengar boleh pasang secara percuma, tapi, kempen yg macam itu, tidak sahih la pulak, entah benar, entah tidak.
Ayat di atas adalah dr setakat pengetahuan yg aku ada. Mungkin ada pihak-pihak yg sudah mengambil kira situasi ini dan mungkin bukan satu masalah lg. Eheh.
Nasib baik kebanyakan waktu, kereta itu aku naik berseorangan, tidaklah terasa sgt. Mungkin kalau ada di belakang pun, makhluk-makhluk ghaib yg aku tak nampak. Mungkin tidak akan dipasang dalam waktu yg terdekat. Kalau nak tumpang, silalah bawa tali pinggang sendiri ya.
//betul ke hanya utk kereta selepas tahun 95?
Posted under
Dari Hati