Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for February, 2009

Ke Tua?

Posted by purbawi on February 25, 2009

Tiba2 rasa berminat nak bercakap pasal neh.. Pendapat peribadi aku tentang dua jalan utk menjadi ketua yg berjaya. Tak perlu dua, pilih satu pun dah cukup. Tapi, kalau anda tak memiliki salah satu jalan ini, anda masih boleh jadi ketua, tp jgn hairan kalau anak2 buah tak mendengar kata2 anda.

1. Dihormati orang lain (senanglah mengawal orang)
gabungan perkara2 berikut boleh buat anda berpengaruh
-sifat/perangai yg elok
-faktor usia/pengalaman
-ilmu yg luas, dengan automatik berani buat keputusan
-keturunan yg hebat dan baik2
-kaya, pun bleh dihormati org
-karisma yg semulajadi, org tgk je dah tau.

2. Kuasa yg mutlak (dan hati yg kering)
apa yg berlaku bila anda ada byk kuasa
-semua orang akan takut kepada anda
-anda boleh membuat semua keputusan
-siapa yg menentang, anda cantas

p/s: Semua yg di atas adalah pendapat peribadi aku semata2 ok! Dan atas penilaian sendiri, aku pun masih tak cukup layak jadi ketua kepada sesiapa. Tp kalau aku dapat jalan kuasa tu, mmg aku jadi seorang yg zalim, ngeh ngeh ngeh…


Posted under Dari Hati

Kembara Pulau Mutiara

Posted by purbawi on February 21, 2009

Bertolak awal pagi Sabtu ke Penang utk majlis Dafi dan Anees. Tiba hampir tgh hari dengan feri. Daftar masuk ke hotel. Simpan beg dan terus turun berjalan. Singgah di kedai utk makan tengahari, menu Maggi goreng. Terus berjalan sambil singgah solat. Lagi berjalan berpusing utk kembali ke hotel, ambil kereta utk terus ke Pantai Batu Feringgi, ke tempat dijanjikan outdoor. Sampai di sana, plilih tempat, minum ayaq nyoq, melepak menunggu pengantin. Setelah depa tiba, acara pun dimulakan. Hingga Maghrib, kemudian pulang ke hotel, mandi, dan berikutnya turun semula utk makan malam dengan sup. Sambung berjalan kaki lg, sampai ke Komtar, dan kemudian, berpatah balik ke hotel, sebelum masing2 pengsan di atas katil. Esoknya, bangun awal. Selepas sarapan, terus bergerak ke rumah pengantin, sehingga acara tamat, dan kemudiannya, terus pulan ke KL. Tammat.

Seperti yg telah juga terpapar di Spheregrafix.


Posted under Spheregrafix, Ukiran Cahaya

Bakal Berehat..

Posted by purbawi on February 12, 2009

Spheregrafix ada ura-ura utk membekukan sementara penglibatan dalam mengambil gambar perkahwinan, cuma meneruskan yg sudah dalam perjanjian. Mungkin alasan ZulBigo dan aku adalah berbeza, tp begitulah kemungkinan keputusannya. Selama mana ia dibekukan, belum ada dalam fikiran lg. Jika rasmi, mungkin akan ada notis dari ZulBigo di site Sphere. Walaupun demikian, Spheregrafix akan terus melibatkan diri di cabang lain di dalam seni ukiran cahaya.


Posted under Spheregrafix

Dunia lain

Posted by purbawi on February 2, 2009

Baru cuba belajar macro. Masihlah tidak berpuas hati.








Posted under Spheregrafix, Ukiran Cahaya