Posted by purbawi on April 22, 2009
Memilih kawan - salah satu tajuk buku cerita aku masa zaman tadika dulu. Kisah tentang sekumpulan binatang yang menemui pelbagai kawan dan musuh (termasuk dalam selimut) sepanjang perjalanan mereka. Aku dah lupa sebenarnya cerita ni. Kalau tak salah, sekumpulan binatang itu ialah merpati. Ada tikus, gagak, pemburu juga di dalam cerita ni.
Kawan disini bermaksud, bukan yg sekadar mengenali nama. Kerana musuh juga dikenali namanya.
Aku pula memilih kawan hanya berdasarkan naluri. Naluri aku yg meneka hati mereka dan memandu hati aku. Tak ada kategori baik atau jahat. Aku tak mampu menentukan baik atau jahat seseorang (kerna diri sendiri ini pun masih belum layak ke syurgaNya).. Yang ada hanyalah suka atau tidak suka. Riak wajah kadang-kadang sudah dapat menentukan. Yea.. aku agak memilih.. maka aku pun tak hairan kalau orang lain pun menafikan kewujudan aku. Tak kisah.. Makin ramai kawan, makin byk hati yg perlu dijaga. Dan panggilan anti-sosial itu umpama pujian pada aku.. wekkk.. wekk..
Kalau dah berkawan pula, biarlah ikhlas. Jangan berharap apa-apa dari kawan anda. Jangan sampai menganggap kawan itu seperti saudara sendiri. Hakikatnya, kawan tak akan selamanya bersama kita, datang dan pergi (dan bila ini berlaku, jgn berkecil hati)… Yang kekal hanyalah saudara, yg mengalir darah yg sama.

Posted under
Dari Hati