Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for June, 2009

aku rasa

Posted by purbawi on June 29, 2009

Andai ada org berkata aku dah berubah, tidak seperti dulu, sememangnya benar. Walaupun tetap belum matang, tp aku rasa aku dah semakin tua. Jari pun dah tidak berapa sihat.
Tadi masa tgh menunggu di traffic light, berhenti di sebelah sebuah kereta. Ada seorang budak perempuan berumur ~5 tahun di dalam kereta, sebelah aku. Dia senyum-senyum sambil tunjuk isyarat tangan bagus. Aku pun tak tahu apa yg bagus sebenarnya. Mungkin bunyi motor aku. Aku cuma senyum utk membalas senyuman saja lah. Mula-mula mcm nak jelir lidah, tapi segan kat orang. Thanks adik, kamu membuat aku tersenyum :p

Posted under Perjalanan

biografi yg luka..

Posted by purbawi on June 21, 2009

Siapakah yg memahami aku… penatnya kalau setiap satu perlu dijelaskan… salahkah bertindak mengikut logik dan tidak terpengaruh emosi.

Posted under Dari Hati

dan yang berikutnya…

Posted by purbawi on June 20, 2009

Setelah mengharungi pelbagai dugaan. Faz akhirnya selamat ditunangkan. Semoga sampai ke jinjang pelamin. Tahniah Faz.. hehe..

Posted under Perjalanan

Lepas gian..

Posted by purbawi on June 15, 2009

Sejak mula pegang semula, rasa gian jek nak guna. Mula la guna merapu-rapu. Mari merecycle model.

Posted under Ukiran Cahaya

Mari membazir.

Posted by purbawi on June 14, 2009

Hari ni aku membazir sekali lg. Berjaya membeli kipas yg lebih mahal dari keperluan. (bukan utk riak, ia hanya sebijik kipas, tiada siapa yg akan dengki). Mungkin lepas ni aku bleh guna kipas ni utk menggantikan penyapu, atau sebagai alat pengering rambut. Sesiapa berambut panjang yg ingin angin meniup rambut seperti Faizal Tahir, pun boleh guna juga utk bergambar. Aku tak tahan sejuk, tp ok jugak berangin kuat ni. Rasa mcm berada di tepi pantai. Teringat kat kpg :p

Posted under Perjalanan

Moga berkekalan.

Posted by purbawi on June 14, 2009

Sorang lg sahabat aku selamat berkahwin dan dikahwinkan. Tak boleh da kaco dia mcm org bujang lg. Mmg depa tgh syok ni. Sejak dr balik kawen, tak jumpa aku lg. Keh keh. Selamat pengantin baru Zul & Yan.

dan kepada Intan, selamat bertunang.

Posted under Perjalanan

Ada cerita?

Posted by purbawi on June 3, 2009

Aku rasa mcm nak tulis sesuatu. Antara hairan dan tak hairan apabila bumbung stadium di Tganu runtuh. Mesti la kontraktor, pegawai yg jaga projek tu dulu, tak senang duduk dah sekarang. Mesti la ada mengelat di mana-mana. Takkanlah saja-saja runtuh sbb ditiup angin pantai kan. Nasib baik runtuh masa tak ada apa-apa program. Kalau tak, VIP pun kena hempap. Kes besar tu.
Ok, sambung kerja.

Posted under Dari Hati