Kurang perasaan untuk menaip panjang. Selamat sudah pulang dan balik. Raya yg meriah walaupun dengan sederhana. Tahun depan jumpa lagi. Kerja lah lagi. Yosh!


















Gambar bukti selamat satu.

Kurang perasaan untuk menaip panjang. Selamat sudah pulang dan balik. Raya yg meriah walaupun dengan sederhana. Tahun depan jumpa lagi. Kerja lah lagi. Yosh!


















Gambar bukti selamat satu.

Ehem ehem. Mestilah ada entry tentang raya kan.
Keterujaan aku untuk beraya masih sama, tapi semakin tahun semakin berubah pengertian. Kalau dahulu, seronok sebab dapat segalanya yang baru. Jumpa sepupu-sepupu sebaya. Berlari tanpa lelah.
Dan sekarang, keterujaan itu adalah lebih kepada untuk balik berehat di kampung dan berjumpa saudara-saudara yg seolah-olah wujud ketika hari raya sahaja. Perasaan untuk memiliki segala persiapan raya yg baru sudah semakin hilang. Nilai raya sebenar adalah lebih kepada silaturrahim.
Mungkin perasaan keterujaan ini akan sedikit terganggu memikirkan kerja-kerja yg bakal tertangguh dan perlu dibayar hutangnya ketika masuk ke pejabat semula. Apa-apa pun. Kita joli dulu.
Salam Aidilfitri semua!

Pagi tadi dengar Sinar. Sempena Hari Radio, untuk pagi tu, Sinar jemput sorang ex-deejay Prema. Ok, memang aku tak kenal. Masa slot Abby pula, dijemput Kak Yong, ok, aku tak kenal juga, orang lama RTM. Petangnya, aku tak dengar radio, jadi tak pasti siapa yg dijemput. Malam ni dijemput seorang bersuara yg aku mmg kenal. David Lau! Pergh. Teringat ketika zaman layan Era masa tingkatan lima dulu. Ini mmg retro, suara tak berubah langsung. Sebelum ni pun, Sinar pernah jemput Halim Othman, ini pun kira retro juga ni. Zaman-zaman kemuncak aku dengar radio dulu. Ayah tak bagi tengok tv, suruh belajar. Masuk bilik, pasang walkman, dengar radio jek la. Aku pernah lekat dengan 3 stesen radio sahaja setakat ni. Mula dengan Radio Muzik, beralih ke Era ketika kewujudannya, dan beralih ke Sinar selepas itu.

Utk kesekian kalinya pagi tadi rantai motor aku jatuh lagi ketika sedang dalam perjalanan. Setelah beberapa lama bertahan utk tidak menukar rantai baru, akhirnya tadi beralah juga. Setelah meletak kembali rantai ke tempat asalnya, bersama tangan yg berminyak aku mencari kedai motor yg terdekat. Lantas setelah dinasihat oleh kedai, aku tukar lah sprocket dan rantai baru. Dan dengan itu lengkaplah bersama rim dan tayar, yg telah ditukar sebelumnya. Maka keteruskan perjalanan ke pejabat yg sudah berhampiran. Ketika balik baru dapat diuji sepenuhnya. Syok rupanya. Andai aku tahu, dah lama aku tukar. Selamat lah motor aku dilenjan waktu balik td. Hilang sekejap angan-angan nak superbike. Bolehlah balik kampung naik motor raya nanti. Yosh.
