Hikayat Sang Penunggu

yang lelah menanti…

Archive for November, 2009

fenomena

Posted by purbawi on November 30, 2009

Sepatutnya ada meeting, namun malas untuk turut serta. Sekarang sedang layan radio. Teringat dahulu waktu sekolah menengah tingkatan satu dua. Zaman Radio Muzik, setiap hari rujuk akhbar segmen lagu pilihan pada malam tersebut. Ketika itu, lagu-lagu pilihan yang akan dimainkan akan disiarkan di akhbar, di bawah ruangan rancangan televisyen. Malamnya, berbekalkan sebiji walkman dan earphone, lekat di telinga sampai habis bateri keesokannya. Begitulah pengaruh radio pada waktu itu.

Posted under Perjalanan

ngasoh

Posted by purbawi on November 22, 2009
Jauh bukan seberang baruh,
Jauh pekaka mencari peneman;
Jatuh bukan sebarang jatuh,
Jatuh cempaka ke tangan budiman.

Posted under Dari Hati

bulat dan pipih

Posted by purbawi on November 18, 2009

Apa yg kita milik hari ini belum tentu kekal pada hari esok, dan apa yg kita kurang hari ini belum tentu kurang pada hari esok. Rezeki itu sudah dijanjikan Tuhan, cuma tak lupa kata pujangga, yg bulat tak datang bergolek, yg pipih tak datang melayang. Bersyukur dan tawakkal.

Posted under Dari Hati

laporan tahunan

Posted by purbawi on November 11, 2009

Blog hamba ini tidaklah diciptakan untuk orang ramai. Dan sememangnya ia tidak dikunjungi pun. Lantaran itu, entry ini tidaklah bertujuan apa-apa melainkan sekadar melihat-lihat.

Ok, ini dalam beberapa hari ini.
Dari mana sumber ia datang. Hampir semuanya dari google mencari Saleem.

Dan yg secara keseluruhannya



*Pengajaran yg hamba perolehi dari laporan-laporan ini ialah
1- Apa yg dikongsikan di blog adalah dikongsikan dengan satu dunia.
2- Jika meletak entry berbentuk lagu atau berkenaan artis-artis popular, nescaya, ramai orang yg tidak dikenali akan tersinggah.

Posted under Perjalanan

cerewet

Posted by purbawi on November 8, 2009

Jangan takut untuk tidak cerewet kerana itu bukan tanda anda tidak bercitarasa.

Posted under Dari Hati

10:03 PM

Posted by purbawi on November 3, 2009

Huuha.. Hujan.. Guruh.. Aku masih di office (Buat pertama kali, update blog dari office, tapi bukan tiru Kakli). Menunggu meeting jam 10.30 PM. JK dan KS pun masih ada, tapi mereka menunggu dengan produktiviti. Aku menunggu dengan penuh berat hati. Sambil lagu-lagu Saleem berlagu, aku menongkat dagu. Haihh… Apa aku buat di sini. Sesekali mengeluh.

Posted under Perjalanan